Langkau ke kandungan utama

Soalan Lazim

Jawapan ringkas untuk perkara yang biasanya ditanya oleh pemilik SME.

Adakah akaunSME sesuai untuk bisnes kecil dan enterprise?+

Ya. Kami bantu pemilik enterprise, Sdn Bhd kecil, online seller, kontraktor, kedai makan dan syarikat servis yang perlukan rekod akaun lebih tersusun.

Boleh bantu urusan cukai dan e-Filing?+

Boleh. Kami bantu susun dokumen, semak rekod asas dan menyediakan maklumat yang diperlukan untuk urusan cukai perniagaan secara lebih kemas.

Harga pakej bergantung kepada apa?+

Harga bergantung kepada jumlah transaksi, jenis perniagaan, bilangan pekerja dan skop kerja yang diperlukan. Kami akan jelaskan sebelum kerja bermula.

Boleh urus servis secara online?+

Boleh. Kebanyakan dokumen boleh dikongsi secara digital. Jika perlu, sesi semakan boleh dibuat melalui WhatsApp, panggilan atau temu janji.

Apakah dokumen asas yang perlu disediakan?+

Biasanya penyata bank, resit, invois jualan, bil pembekal, rekod gaji dan maklumat syarikat diperlukan. Senarai akhir bergantung kepada jenis servis.

Adakah maklumat syarikat saya selamat?+

Kami mengendalikan maklumat perniagaan secara berhati-hati dan hanya meminta dokumen yang diperlukan untuk skop kerja yang dipersetujui.

Sedia untuk urus akaun & cukai anda?

Hubungi kami hari ini untuk berbincang tentang keperluan bisnes anda.

WhatsApp Kami